SEJARAH AWAL PENUBUHAN BUDAKLAUK


Assalamu'alaikum dan salam sejahtera... 

     Pada peringkat awal, tertubuhnya #budakLaUK adalah pada Disember 2015. Program pertama yang disertai oleh #budakLaUK adalah larian MPKJ 2015 yang diadakan di Bangi, Selangor. Untuk pengetahuan juga, pada peringkat permulaannya, kami hanya dengan berjogging 1km hingga 2km sekali seminggu. Hari demi hari kami #budakLaUK mula mengorak langkah sehingga capai ke tahap 3km dan 5km seminggu. #budakLaUK juga berjinak-jinak dengan menyertai program-program FunRun (5KM) yang telah dianjurkan oleh Organisasi luar, Pertubuhan dan Pihak Berkuasa Tempatan (PBT) disekitar daerah Selangor sebagai permulaan untuk lebih merancakkan aktiviti ini secara berkumpulan. Penglibatan ahli #budakLaUK adalah merupakan daripada staf-staf UiTM pada peringkat awalnya, iaitu saudara En. Mohd Khairil Azree Rahadi (Krel), En. Mohd Zulhasmi Md Hanif (Zulcemi), En. Mohd Rostaam Abd Wahab (Tam), En. Shrizal Shadan (Amer), En. Amin Safuan Mohamad (Amin), En. Muhamad Fazli A.Wahab (Dwen), En. Muhammad Syahfiq (Syafiq) dan En. Ashadi Samut (dd). 


     Selepas itu baharulah ahli-ahli ini mula berkembang dengan kehadiran staf-staf yang lain seperti saudara En. Mohd Nadzri Mohamed Hamdan, En. Mohd Fauzi Basir, En. Mohd Nor Sahlan Suhadi, En. Zizi Itzman Tunot, En. Mohd Hezri Mohd Shafian dan juga  staf-staf di UiTM yang turut serta seperti En.Shahril Abd Wahab dari Bhg. Korporat UiTM, En. Zulkifli dari Bahagian Inqka UiTM dan En. Shahrul Abd Wahab dari Bahagian HEP UiTM. Hari demi hari, ahli-ahli #budakLaUK semakin berkembang dan juga telah disertai daripada bukan hanya dikalangan staf UiTM, malahan dari pelbagai daerah, negeri yang menyertai secara sukarela dalam bersama-sama menjayakan aktiviti yang sihat ini. Persatuan #budakLaUK diwujudkan bukan sekadar aktiviti untuk larian sahaja, malahan dapat mengeratkan tali persaudaraan dan silaturahim antara ahli-ahli yang sedia ada. 


     Dengan kehadiran ahli-ahli baharu pelbagai idea-idea yang bernas dan pendapat yang baik telah diterima. Melalui proses itu juga, akhirnya #budakLaUK telah ditubuhkan dibawah Jabatan Pendaftaran Pertubuhan Malaysia (JPPM / eRoses) yang bernombor PPM-003-10-11022017
. Selain itu, proses membuat banner dan baju telah diusahakan oleh saudara En. Shahril Abd Wahab dan En. Nizzam yang banyak membantu dan menghidupkan lagi persatuan ini serta menunjukkan imej #budakLaUK

     Akhir sekali, harapan kami #budakLaUK, sampai dimanakah usaha ini akan berterusan?.... ayuh kawan-kawan teruskan perjuangan. Matlamat kami adalah untuk memastikan kesihatan adalah pilihan utama dan menggalakkan semua masyarakat dinegara ini, dapat menjalankan aktiviti sihat serta mewujudkan hobi yang lebih berfaedah. Tidak dilupa juga, jutaan terima kasih kepada idola-idola kami yang banyak memberi tunjuk ajar serta memberikan panduan-panduan yang berguna  iaitu saudara En. Amirul Asraff (FM & Hiking) dan En. Zaki Erin (Ironman).

Comments

Popular Posts